
Fei Fei Fery dan tiUR, pendebat kristen berkata ALLah Taala yang diyakini orang Islam adalah Tuhan penipu. Mereka berkata demikian berdasarkan bacaan harfiah ayat al-Quran surah ali-Imran 3: 54,
Ada sebuah ayat dalam Quran yang berkata:
[3.54] Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Auwloh membalas tipu daya mereka itu. Dan
Auwloh sebaik-baik pembalas tipu daya.
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Penulis memberikan beberapa info bahawa jika mahu manafsir al-Quran, wajiblah mempunyai ilmu yang dinamakan Ulum Quran. Saya tegaskan kepada anda bahawa sebahagian besar ayat al-Quran adalah saling berturutan dan saling menjelaskan. Ia terutama ayat-ayat yang menceritakan sejarah dan pengajaran. Maka jika menafsir al-Quran kepada Muslim yang kurang ilmu Ulum Quran, mereka akan menjadi mangsa salah pendustaan.