Menjawab Tuduhan Soal Allah Pembalas Tipu Daya


Fei Fei Fery dan tiUR, pendebat kristen berkata ALLah Taala yang diyakini orang Islam adalah Tuhan penipu. Mereka berkata demikian berdasarkan bacaan harfiah ayat al-Quran surah ali-Imran 3: 54,
 

Ada sebuah ayat dalam Quran yang berkata:
[3.54] Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Auwloh membalas tipu daya mereka itu. Dan
Auwloh sebaik-baik pembalas tipu daya.


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Penulis memberikan beberapa info bahawa jika mahu manafsir al-Quran, wajiblah mempunyai ilmu yang dinamakan Ulum Quran. Saya tegaskan kepada anda bahawa sebahagian besar ayat al-Quran adalah saling berturutan dan saling menjelaskan. Ia terutama ayat-ayat yang menceritakan sejarah dan pengajaran. Maka jika menafsir al-Quran kepada Muslim yang kurang ilmu Ulum Quran, mereka akan menjadi mangsa salah pendustaan.


Ayat yang dipapar itu adalah bermula dari 3: 45 lagi. Ia boleh semak satu persatu.
3: 45, 46& 47 :- ALLah memberitahu Maryam bahawa Dia akan mengurnikan seorang anak bernama yang akan dinamakan Isa. ALLah akan mencipta Isa melalui perantaraan “Kalimat Perintah Kun: dengan ZatNya sendiri. Ini kerana Maryam belum pernah bersuami.

(Perkataan :Kalimat” inilah yang menjadikan anda seperti bengung dan berlompatan gembira bahawa benarlah Isa Tuhan. Namun anda silap besar kerana “Kalimat” adalah bermaksud perintah dari Firman “Kun”. Logiknya jika anda mengatakan Kalimat itu Firman yang berinkarnasi menjadi Isa, ia juga tertolak total kerana al-Quran menyatakan “..bahawa engkau akan mendapat satu Kalimat” (dalam bahasa Arabnya “Ismuhu” bererti lelaki maka ia manusia), dan bukannya “…Aku akan berinkarnasi menjadi Kalimat”).

3: 48 :- Dan Isa akan dibekalkan kitab Injil dan Taurat, dan juga ilmu hikmat dalam pengajarannya. Jadi Jesus jelas mempunyai Injilnya sendiri. Maka iktiqad anda yang mengatakan Jesus adalah Injil adalah tertolak Total. Injil adalah sebuah kitab dan tidak logic manusia dinisbahkan sebagai kitab. Bengung apa.

3: 49 :- Isa adalah seorang Nabi kepada Bani Israel (Jelaslah seperti kata Bible anda “Aku hanya diutus hanya kepada lembu sesat Bani Israel”). Dia dikurniakan mu’jizat seperti membuat burung, menyembuhkan penyakit, menghidupkan orang mati (Bible juga menyatakan “

…dengan izin Tuhan”) dan boleh melihat yang ada ditempat lain. Isa menegaskan bahawa semua kelebihannya adalah tanda Kekusaan ALLah jika Bani Israel menggunakan otak dalam beragama.

3: 50 :- Dan tugas Isa adalah membenarkan Taurat (Bible anda menjelaskan bahawa Jesus berkata “..aku datang supaya ajaran Taurat itu berlaku”. Namun anda kelihatan tidak membaca dengan sewajarnya, meninggalkan ajaran Jesus dan menyembah ajaran Kelahiran semula Paulus yang menolak Taurat. Maka saya tegaskan bahawa anda tidak sah menjadi pengikut Jesus kerana Jesus hanya diutus kepada Bani Israel), dan mngajarka beberapa syari’at baru dan meneguhkan yang lama.

3: 51 :- Isa menegaskan bahawa Tuhan hanya ALLah Tuhan sekelian manusia termasuk dirinya sendiri dan menyuruh kaumnya itu menyembah ALLah (Tagasnya Jesus tidak pernah mendakwa secara tuntas bahawa dirinya Tuhan dan harus disembah, tiada stu kalimatpun Jesus mengatakan “Akulah Tuhan maka sembahlah aku”. Bible menyatakan kata Jesus “.. dialah hua ALlahmu, Tuhan yang Esa. Namun Paulus dan rakan2nya menafsirkan dengan hawa nafsu mereka bahawa Jesus adalah Tuhan. Dan anda ahli sasterawan kok boleh menjadi seperti -:maaf:- orang beguk menurut membuta tuli).

3: 52 :- Namun Isa dengan mukjizat dari ALLah telah melihatt bibit-bibit kekafiran mereka. Masakan tidak, memang cukup sukar menusia menerima bahawa ALLah berkuasa menjadikan Maryam mengandung tanpa ayah, mustahil kata mereka. Maka Isa bertanya bagi menegaskan keyakinan mereka siapakah yang akan membantu Baginda menegakkan Tauhid? Maka dengan pantas mereka menjawab “Kamilah penolong ALLah (kiasan mengikuti dan membantu Jesus) dan kami naik saksi (mengaku) bahawa kami adalah Islam (menyerah diri)”.

3: 53 :- Kemudian mereka bersumpah pula kepada Tuhan bahawa mereka adalah orang-orang yang mengikuti ajaran Isa.

3: 54 :- Namun mereka semunya pendusta. Selepas ketiadaan Isa (diselamatkan ALLah dari disalib), mereka mengajarkan pula Isa itu Tuhan. Mereka mengubah dan memadamkan Injil yang diberikan kepada Jesus, mereka mengatakan dosa manusia boleh dipikul oleh orang lain, memasukkan kepornoaan dalam kitab dan dinisbahkan kepada Tuhan. Bahkan mereka cuba membunuh Isa pula. Mereka telah menipu Jesus dengan mengatakan akan menolong ALLah dan bersumpah pula sebagai orang Islam. Siapakah yang cuba ditipunya? Ya tentulah ALLah dan Isa.

             Siapakah pula ALLah yang cuba ditipu mereka dengan pengakuan dan sumpah yang kemudian diingkari itu? Jika mereka menipu mansusia (seperti anda cuba menipu saya dengan sastera anda ini) tiada siapa yang akan hairan. Namun jika Tuhan yang Maha mengetahui cuba didustai dan ditipu, maka mereka adalah orang yang paling bodoh berbanding Kebijkasanaan ALLah yang “Kaunuhu ‘Aalimun”

             Maka ALLah menempalak mereka “Dan mereka telah membuat tipu daya (Cuba menipu ALLah dengan pengakuan dan sumpah dusta dalam keadaan ALLah Maha Mengetahui dan cuba membunuh Isa), dan ALLah menipu pula mereka (ALLah mencela pengakuan dusta dan sumpah dusta mereka, dan ALLah merubah rupa sibejat Judas pengkhianat menyerupai wajah Jesus. Maka mereka pula menjadi bengung dan menyangka Judas itulah Jesus. Terus mereka menyangka Jesus adalah Tuhan kerana hidup semula. Untukt tujuan itu Yohanes mereka cipta ayat 1: 1 yang mengatakan Firman itu adalah Jesus dari Tuhan yang mendaging).

             Maka siapakah penipu? Jelas sekali kaum Yahudi dan hawariyyun engkar (bukan semua, contohnya Barnaba adalah yang benar) dan (maaf saya menuruti kata-kata yang sepadan) bodoh itu. Demikian juga Paulus yang bukan sekali-kali Hawariyyun tetapi begitu bijak menyihir pengikutnya. Logik Palus ahli sihir kerana pengikutnya menjadi bengung apabila mambaca “hikmat adalah kebodohan”. Dan ALLah menyatakan KehebatanNya secara kiasan iaitu jika mereka menyangka kuat, ALLahlah terlebih Kuat dan jika mereka merasa bijak untuk menipu maka ALLah lebih Bijak membalas tipuan mereka hingga mereka tidak sedar zaman berzaman tertipu.

3: 55 :- Dan ALLah akan mewafatkan Isa apabila sampai ajalnya dan menyelamatkannya dari kekejian pembunuhan dan  membersihaknnya dari orang kafir (ALLah menurunkan al-Quran bagi mencantas iktiqad bejat mempertuhankan Jesus itu dan diakhir zaman Isa sendiri akan turun ke dunia mematahkan salib yakni menyeru kepada Islam. Ketika itu barulah orang kafir akan terjaga dari tidur yang menyangka selama ini mempertuhankan manusia itulah kebenaran). Dan ketika itu terangkatlah darjat mereka kepada kemuliaan kerana mengnut Islam (Islam adalah tunduk dan patuh kepada ALLah Taala yang Esa, bukan sekali-kali menuhankan manusia)

3: 56-62 :- ( boleh baca sendiri dan jika ada masalah tafsir, sila kemukakan supaya boleh di jelaskan)
Maka makna “ALLah menipu mereka” ialah tempelakan ALLah Taala kepada pengikut Nabi Isa yang engkar itu, yang mengaku konon akan membela Isa tetapi merekalah yang engkar kemudiannya.
Wassalam